10 Teras UMNO SEPANGGAR! 1. MESRA RAKYAT 2. BERKHIDMAT UNTUK SEMUA 3. MENDEPANI MINDA RAKYAT 4. SISTEM PENYAMPAIAN BERKESAN 5. MEMBANGUNKAN EKONOMI RAKYAT 6. MEMBANGUNKAN MODAL INSAN 7. MERANCANG PEMBANGUNAN DAN PENYUSUNAN SETINGGAN 8. KEMUDAHAN PRASARANA BELIA 9. MEMBANTU MEMBENTERAS GEJALA SOSIAL 10. PENUBUHAN PASUKAN SIAPSIAGA UNDILAH CALON BN P171 SEPANGGAR- DATUK JUMAT HJ IDRIS"

Saturday, 23 June 2012

Pilihanraya13! Kenali Siapa Calon Kita! -Pandangan Anak Parlimen Sepanggar

Calon yang disebut-sebut... Datuk Jumat hj Idris...

Isu calon Pilihanraya terus menjadi TOPIK hangat dalam Politik tanahair termasuk di Parlimen Sepanggar (Dun karambunai dan Dun Inanam). Rata-rata bparti politik mahukan Pemimpin yang bersih, mempunyai latar-belakang yang boleh harap, boleh bekerja, popular dan paling penting Berkebolehan Untuk BOLEH MENANG...

Kalau dahulu kita pernah dengar "letak Kayu pun Boleh menang Punya", tapi tidak sudah pada hari ini... Semua kemenangan bergantung kepada pelbagai aspek dan sebab...

APS pernah mengulas mengenai isu ini sebelum ini. Cumanya, APS ingin menekankan kepada satu aspek Besar di mana Pemimpin adalah seorang Khalifah, Pimpinannya adalah tanggungjawab yang akan dipikul olehnya bukan hanya di Dunia tapi juga di akhirat... Ianya adalah amanah, sehinggakan Syaidina Abu Bakar bila dilantik sebagai Khalifah sendiri pun menangis bila dilantik sebagai khalifah, kerana beliau takut akan amanah yang bakal dipikul olehnya...

Ingatlah wahai para pemimpin, kepemimpinan itu satu amanah yang akan dihitung oleh Allah SWT. Ada perkiraan dunia akhirat. Rasulullah SAW memberi ingatan kepada Abu Dzar ketika beliau meminta jawatan. Kata Abu Dzar: "Wahai Rasulullah! Tidakkah Tuan memberi jawatan kepada saya". Baginda seraya berkata: "Wahai Abu Dzar, sesungguhnya engkau lemah. Sesungguhnya jawatan pada hari kiamat itu merupakan kerugian dan penyesalan, kecuali orang yang mengambilnya dengan penuh bertanggungjawab" (Riwayat Muslim dan Abu Daud)...


Pemimpin yang lahir dari mana-mana parti sekalipun (mengambil-kira sistem demokrasi di malaysia) mempunyai perkiraannya sendiri dalam memimpin. Ada pendapat yang mengatakana, perkara yang membezakan antara pemimpin adalah Matlamat yang ingin dicapai dalam kepimpinannya. Ini boleh mengukur samada pemimpin ini boleh pakai ataupun tidak. Cuba kaitkan dalam kawasan parlimen Sepanggar(Dun Inanam dan Dun Karambunai)? Apa yang Pemimpin kita telah buat? Apa sebenarnya yang mereka telah capai? Pengundi yang boleh menilai.

Persoalan yang timbul, adakah pemimpin yang sedia ada sudah mencapai matlamat dan memenuhi kehendak rakyat dalam kepimpinan mereka sebelum ini..? Apa YB Eric Masjimbun Buat? Apa Datuk Jainab Buat? Apa Datuk Jhonny Goh telah buat? Apa perasaan rakyat sebagai pengundi kepada mereka? APS yakin, rata-rata pengundi punyai perasaan suka dan duka bersama pemimpin mereka ini.

Yang pastinya, APS yakin rakyat sebagai pengundi mahukan perubahan. Perubahan dari segi apa? Mungkin dari segi Parti yang bertanding, Calon yang bertanding dan kaedah pentadbiran kawasan. Tatkala, mahu jumpa pemimpin pun susah, kita mahu perubahan ini dapat dibaca oleh pucuk pimpinan BN bagi mengekalkan kawasan Parlimen Sepanggar dan Dun Karambunai dan Dun Inanam sebagai kubu kuat BN!

APS kata: BN Perlu meletakkan calon UMNO di Sepanggar! Tukar mana yang patut... Bersama BN pada PRU13 akan datang... Sokong Datuk Jumat Hj Idris Calon BN Parlimen Sepanggar!

No comments:

Post a Comment