10 Teras UMNO SEPANGGAR! 1. MESRA RAKYAT 2. BERKHIDMAT UNTUK SEMUA 3. MENDEPANI MINDA RAKYAT 4. SISTEM PENYAMPAIAN BERKESAN 5. MEMBANGUNKAN EKONOMI RAKYAT 6. MEMBANGUNKAN MODAL INSAN 7. MERANCANG PEMBANGUNAN DAN PENYUSUNAN SETINGGAN 8. KEMUDAHAN PRASARANA BELIA 9. MEMBANTU MEMBENTERAS GEJALA SOSIAL 10. PENUBUHAN PASUKAN SIAPSIAGA UNDILAH CALON BN P171 SEPANGGAR- DATUK JUMAT HJ IDRIS"

Wednesday, 21 November 2012

Kerja Mesti Kuat: UMNO Sepanggar Bersikap 'Terbuka' Isu Calon Sepanggar!

dikatakan calon paling layak bertanding mewakili BN di Sepanggar...

BN telah mengamalkan proses memilih calon yang cukup demoktratik semenjak penubuhannya dahulu... semangat ini menjadi senjata ampuh kepada Barisan Nasional dalam melawan pihak musuh... Itulah sebabnya kenapa terus BN kekal sebagai parti pemerintah Negara Malaysia... Sokongan padu rakyat tanpa mengira latarbelakang menjadi faktor penentu kepada kejayaan Bn dalam pilihanraya...

Sebelum ini APS ada menyuarakan bahawa, BN Sepanggar memerlukan calon yang mewakili parti BN yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang kuat, Berani, suka turun padang tanpa mengira masa dan yang lebih penting mempunyai sokongan padu dan diterima oleh masyarakat... Dalam ciri-ciri itu, APS secara jelas menyatakan UMNO perlu diberi peluang untuk bertanding di parlimen Sepanggar, memandangkan parti ini adalah tunjang kepada BN Sepanggar, mempunyai ahli yang ramai, kerja kuat dikalangan ahli parti dan yang lebih penting hubungan baik dikalangan ahli-ahli parti komponen BN yang lain di Sepanggar... Justeru, Datuk Jumat haji Idris selaku ketua UMNO Sepanggar merangkap Pengerusi BN Sepanggar adalah calon yang terbaik...

Kalau sebelum ini, Barisan Nasional pernah dikecewakan oleh parti SAPP yang telah keluar dari BN menyebabkan BN kehilangan kerusi bagi parlimen ini, walaupun hakikatnya kerusi parlimen Sepanggar adalah kubu kuat kepada UMNO/Barisan Nasional...

Beberapa hari lepas, semasa konvensyen UPKO Sepanggar, ketua UPKO Sepangagr Datuk Steven Kutai telah mencadangkan agar Presiden Parti Tan Sri Benard Dompok untuk bertanding di kawasan ini... Ianya mencetuskan perhatian ramai pihak termasuk media tempatan dan nasional... 

APS telah mendapatkan meklaumbalas daripada Datuk Jumat hj Idris, "UMNO Sepanggar mengalu-alukan hasrat UPKO Sepanggar mencadangkan presidennya untuk bertanding bagi kerusi Parlimen Sepanggar. Kita sentiasa terbuka dalam isu ini kerana keputusan adalah pada Perdana Menteri merangkap Pengerusi BN. yang paling penting adalah, calon yang bakal dipilih adalah calon yang boleh menang dan sekaligus menyumbang kepada majoriti 2/3 kersui parlimen kepada Barisan Nasional pada Pilihanraya Umum ke13 nanti."

Tambah beliau lagi "Nasihat saya, mari bersama bekerja, turun padang bagi mendekati rakyat dan kurangkan bercakap mengenai siapa calon bagi kerusi ini. Ini adalah kerana, Jika kita mahu menang, parti mesti mahu kuat, untuk parti jadi kuat, kita mesti bersatu-padu (semua parti dalam BN). perpaduan akan wujud jika anggota komponen dalam BN saling bersilaturrahim..."

Apa yang menariknya, ketika berucap merasmikan konvensyen itu, presidennya Tan Sri Bernard Dompok mahu semua anggota parti memberi fokus kepada strategi untuk memastikan calon Barisan Nasional (BN) dan Upko mencapai kemenangan pada pilihan raya umum ke-13 nanti... "Saya ingin suarakan itu (Sepanggar) adalah tidak kena pada tempatnya sebab saya sudah milik orang (Penampang). Saya memerlukan rehat yang cukup dan untuk Putatan itu tidak boleh jugak"...

Kesimpulannya, Secara jelas presiden UPKO sendiri telah menyatakan pendiriannya mengenai isu ini... Sekarang bukan lagi masanya untuk berbalah, semua parti komponen dibawah BN Sepanggar mesti bersatu hati dalam mengembalikan semula kerusi Parlimen Sepanggar yang telah di bawah lari oleh pembelot Parti SAPP...

APS Kata: Masanya akan tiba... Pengerusi BN perlu memberi peluang kepada UMNO untuk bertanding di Parlimen sepanggar, demi kemenangan Barisan Nasional...

No comments:

Post a Comment