10 Teras UMNO SEPANGGAR! 1. MESRA RAKYAT 2. BERKHIDMAT UNTUK SEMUA 3. MENDEPANI MINDA RAKYAT 4. SISTEM PENYAMPAIAN BERKESAN 5. MEMBANGUNKAN EKONOMI RAKYAT 6. MEMBANGUNKAN MODAL INSAN 7. MERANCANG PEMBANGUNAN DAN PENYUSUNAN SETINGGAN 8. KEMUDAHAN PRASARANA BELIA 9. MEMBANTU MEMBENTERAS GEJALA SOSIAL 10. PENUBUHAN PASUKAN SIAPSIAGA UNDILAH CALON BN P171 SEPANGGAR- DATUK JUMAT HJ IDRIS"

Tuesday, 1 January 2013

POLITIK KOTOR! Hati-Hati Dengan 'PENCURI' Pengundi di Sepanggar... cc @NajibRazak

Datuk Jumat ketika berucap disebuah majlis Juara rakyat di Sepanggar...

Kekuatan dan kebangkitan UMNO begitu tidak disenangi beberapa pihak terutamanaya PEMBANGKANG... Percubaan demi percubaan dilakukan pembangkang untuk melemahkan UMNO/BN gagal disebabkan gerak kerja dan strategi UMNO/BN mendekati pengundi yang akhirnya mendapat kepercayaan dikalangan pengundi...

Terkini! Politik kotor yang dimainkan oleh pembangkang untuk melemah dan mengalahkan UMNO/BN kini dapat 'dikesan'... Di Sabah, Mengehui UMNO Sepanggar telah bekerja keras dengan strategi yang mantap dibantu pula oleh rakan-rakan parti-parti komponen yang lain untuk mengambil semula dan memenangkan BN di parlimen Sepanggar... Namun,terdapat mainan kotor dengan memindahkan pengundi terutamanya pengundi bumiputera mula dikesan di Parlimen ini...

APS ketika menghubungi Pengerusi Barisan Nasional Sepanggar, Datuk Jumat Haji Idris menyatakan "Warga Sepanggar terutamanya penduduk kampung agar berwaspada dengan usaha BROKER atau AGEN PEROSAK undi yang giat berlegar di kampung-kampung mahupun di Jabatan Pendaftaran yang bertujuan untuk 'MEMBELI' Pengundi di parlimen Sepanggar untuk dipindahkan ke tempat lain terutamanay di parlimen kota Kinabalu..."

Tambahnya lagi "Parasit@Pencuri ini bekerja siang dan malam untuk memastikan UMNO tidak berpeluang bertanding diParlimen Sepanggar dengan mengurangkan bilangan pengundi Bumiputera dan Islam... Gerakan terancam ini adalah konspirasi 'jahat' yang bertujuan untuk melumpuhkan UMNO Sepanggar... Difahamkan, pelbagai strategi dilakukan golongan 'PARASIT' dan 'Broker-Broker' ini yang kononnya untuk mencapai Target memindahkan '10 ribu' pengundi atas alasan mahu kalahkan pembangkang... Ini boleh diibaratkan sebagai mencurah garam ke lautan dan umpama Tikus membaiki Labu..."

Dalam masa yang sama Datuk Jumat mengingatkan ahli-ahli UMNO supaya terus bersatu-padu dan terus menyokong kepimpinan Perdana Menteri yang terbukti menjamin kelangsungan kekuatan perpaduan kaum dan kemakmuran negara melalui pelbagai program transformasi kerajaan...

Dalam memastikan kemenangan BN, Datuk Jumat juga mengingatkan orang kampung supaya tidak terpengaruh dengan dakyah pembangkang kononnya jika mereka menang mereka akan memberi rumah percuma kepada pasangan baru berkahwin... Ini semua adalah janji kosong PEMBANGKANG ini kerana semasa mereka berada dalam kerajaan pun mereka tidak pernah terfikir atau memikirkan nasib BUMIPUTERA Sepanggar, ianya hanya muncul semasa pilihanraya semakin hampir dengan tujuan mahukan UNDI Pengundi sepanggar...

Parti pembangkang boleh dibaratkan sebagai nelayan yang memancing ikan... Mereka sedang menjerat ikan menggunakan umpan ikan plastik, udang dan sotong tiruan tetapi punyai mata kail yang tajam untuk menipu rakyat...

Dimasa yang sama, Datuk Jumat juga memuji pengundi Sepanggar yang bijak dan elit pemikiran mereka... Walaupuan ada diantara rakyat yang kurang berada dari segi ekonomi namun mempunyai minda yang cukup bijak yang boleh membezakan mana janji yang jujur mana pula janji yang palsu dan yang lebih pentingnya daat menilai tindak tanduk sumbang parti pembangkang... Itulah sebabnya  setiap perjumpaan pembangkang tidak mendapat sambutan oleh penduduk Sepanggar...

APS Kata: Pihak yang bertanggungjawab perlu menyiasat perkara ini dengan segera... ini adalah taktik kotor yang tidak boleh diterima... Agenda Jahat seperti ini perlu dihentikan dengan serta-merta... 

APS menyatakan dengan tegas, UMNO Sepanggar telah bekerja dengan keras dan mempunyai strategi yang sangat teratur serta bantuan dari parti-parti komponen lain diberi laluan untuk bertanding di kawasan parlimen Sepanggar... Apatah lagi dengan jumlah pengundi dan ahli UMNO yang ramai dan mahukan perubahan dari 'KEPOMPONGAN' Parti SAPP yang langsung tidak memberikan apa-apa nilai kepada pengundi Parlimen Sepanggar...


TERUSKAN PERJUANGAN UMNO/BN SEPANGGAR!

No comments:

Post a Comment